::Jodoh Pertemuan Di tangan Tuhan::

Sunday, February 20, 2011
Assalamualaikum pembuka bicara, bismillahirrahamanirrahim pembuka kata,

Jodoh pertemuan di tangan tuhan, bukan manusia yang tentukan. Manusia hanya mampu berusaha tapi tiada hak untuk menetapkan ketentuan tuhan. Zaman sekarang ni kebanyakan remaja terkejar-kejar dengan cinta. Asyik dengan persoalan : "ramai kawan aku dah ada boyfriend,aku ni sapalah yang nak". Persoalan sebenar adalah mengapa harus di kejar cinta?? cinta itu pasti tapi jangan terlalu di cari. Zaman remaja adalah tidak elok untuk menyusur liku2 cinta, kebanyakan remaja sekarang ni,menjadikan cinta itu satu keseronokan,sekadar hiburan dan perlukan seorang teman untuk meluahkan perasaan. Satu kesalahan dalam pemikiran bila seseorang menganggap cinta sekadar hiburan. Dan jangan terlalu khusyuk bermain cinta,kerana akhirnya binasa dan menanggung dosa. Seperti yang kita ketahui sekarang ni, bilangan bayi yang dibuang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Persoalannya sekarang, siapa yang bersalah dalam hal ni?? ini semua berpunca daripada CINTA. Kealpaan remaja dengan cinta membuatkan mereka hanyut di mamah dosa dan kebinasaan. Jangan biarkan diri anda di bawa arus kebinasaan sedangkan di hadapan anda ada seribu impian yang ingin di capai. Bercintalah sekadar cinta,jangan di bubuh racun ke dalamnya. Pepatah cinta ada menyatakan " JANGAN DI KEJAR CINTA,SEMAKIN KITA KEJAR,IA SEMAKIN LARI,KALAU ITU CINTA SEJATI,WALAUPUN KITA SENYAP,IA TETAP TERASA DALAM HATI".Cinta juga di ibaratkan seperti KUPU-KUPU,JANGAN DI PEGANG TERLALU ERAT,TAKUT NANTI HANCUR,DAN JANGAN PULA DI PEGANG DENGAN RENGGANG,TAKUT NANTI TERLEPAS.Oleh itu, bercintalah dengan hati yang redha. Jangan takut untuk kecewa kerana ada sesuatu yang lebih baik menanti. Bak kata dr.cinta " BUKAN NAMANYA CINTA KALAU TAK PERNAH TERLUKA".....sekian coretan dari hati yang ikhlas.Assalamualaikum.

Hot FM

Friday, February 18, 2011
Hot FM: "Lebih Hangat Daripada Biasa"
Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi,

Kau... kah di situ
Yang menanti ku,
Atau jelmaan... bibit kenangan
Yang bernama pengalaman,

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian,

Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan
Bagai taufan... tiba-tiba datang
Dan menghilang.

Kau.
Bayang-bayang masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah... mimpi yang tak sudah

Mantapkan Hati Anda.

Saturday, November 20, 2010


Sedih,pilu,kecewa,hampa dan bermacam lagi perasaan akan melanda kita sebagai manusia...itulah fitrah kehidupan, tiada siapa yang tidak pernah mengalami perasaan sebegitu,.kukuhkanlah perasaan anda daripada daripada terus membawa anda ke dalam arus kegelapan,.lawanlah kejahatan yang cuba mengheret anda daripada terus melayani perasaan yang tak memberi manfaat terhadap kita. Perasaan sedih mampu melemahkan semangat kita. Ia juga mampu mengaburi matlamat hidup kita. Dalam hidup kita , tiada orang yang tiada impian..setinggi mana pun impian tersebut,ia tetap satu impian. Jauhkanlah diri anda daripada di kawal oleh perasaan. kawallah diri anda menggunakan akal dan fikiran yang waras. Fikirlah yang terbaik untuk diri anda untuk masa kini dan masa akan datang. Rancanglah perjalanan hidup anda berlandaskan kebenaran, rancanglah perjalanan hidup anda dalam mencapai impian dan matlamat. Berusahalah dalam memperbaiki kehidupan kita kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Berdoalah dan bertawakal dalam menempuh perjalanan.
Thursday, November 18, 2010
http://belle-kisahseram.blogspot.com
Tuesday, November 16, 2010
 ( Layarilah laman blog saya yang lain di http://belle-kisahseram.blogspot.com )