Mantapkan Hati Anda.

Saturday, November 20, 2010


Sedih,pilu,kecewa,hampa dan bermacam lagi perasaan akan melanda kita sebagai manusia...itulah fitrah kehidupan, tiada siapa yang tidak pernah mengalami perasaan sebegitu,.kukuhkanlah perasaan anda daripada daripada terus membawa anda ke dalam arus kegelapan,.lawanlah kejahatan yang cuba mengheret anda daripada terus melayani perasaan yang tak memberi manfaat terhadap kita. Perasaan sedih mampu melemahkan semangat kita. Ia juga mampu mengaburi matlamat hidup kita. Dalam hidup kita , tiada orang yang tiada impian..setinggi mana pun impian tersebut,ia tetap satu impian. Jauhkanlah diri anda daripada di kawal oleh perasaan. kawallah diri anda menggunakan akal dan fikiran yang waras. Fikirlah yang terbaik untuk diri anda untuk masa kini dan masa akan datang. Rancanglah perjalanan hidup anda berlandaskan kebenaran, rancanglah perjalanan hidup anda dalam mencapai impian dan matlamat. Berusahalah dalam memperbaiki kehidupan kita kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Berdoalah dan bertawakal dalam menempuh perjalanan.
Thursday, November 18, 2010
http://belle-kisahseram.blogspot.com
Tuesday, November 16, 2010
 ( Layarilah laman blog saya yang lain di http://belle-kisahseram.blogspot.com )

Air Mata???

Saturday, November 13, 2010
Air mata..selalunya kaum hawa yang selalu menghasilkan air mata kan? kadang-kadang ada juga wanita yang mudah menangis..itu maknanya tersangatlah sensitif dengan perasaan dan emosi..hmmmm..mnangis pasal kekaseh hati kkdang tak berfaedah..tapi kita rasa puas dengan tangisan yang merdu tu kann..kkadang nangis smpai tak berlagu..nangis sebab sedih..nangis sebab terlalu gembira..nangis sebab terlalu kecewa....perempuan dan lelaki sama ja..dua-dua pun ada air mata kan..tapi banding perempuan dengan lelaki, mesti perempuan yang jadi johan kalau bab2 nangis nii..perempuan memang terror kalau bab2 perasaan yang mudah tersentuh nii..lelaki  kalau nangis hilang kemacho-an diorang..lelaki yang dapat nangis depan prmpuan memang power la tu..Akan Tetapi, tangisan yang paling bernilai,amat berharga dan terlalu indah adalah menangis kerana Tuhan yang menciptakan kita..menangislah di depan Tuhan kerana kita menyesali perbuatan kita lalu..menangislah di depan Tuhan kerana dosa yang telah kita lakukan..menangislah di depan Tuhan untuk kita meminta ampun daripada-Nya..dan menangislah kepada Tuhan atas nikmat yang di beri,,lalu,bersyukurlah kerana Tuhan tetap bersama kita..,,....sesetengah manusia depan buah hati,senang sangat keluarkan air mata,,bila menghadap Tuhan susah sangat nak feeling..Oleh itu, bersama-samalah muhasabah diri kita agar lebih memahami akan kelebihan kita sebagai makhluk yang di kurniakan akal dan fikiran..
Wednesday, November 10, 2010

Hidup Bertuhan

"Hidup Bertuhan"??? persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan pembaca.."apa maksudnya Hidup BerTuhan??....errmmmm..??...kehidupan kita semakin hari semakin banyak dugaan,cubaan,halangan dan bermacam-macam hal yang boleh menimpa kita...dan di saat itulah,ketika itulah,waktu itulah,dan masa itulah makhluk Tuhan yang bernama Manusia menyedari kewujudan Tuhan mereka...sebelum ini, ketika makhluk jenis ini berasa senang dengan keadaan mereka,senang dengan apa yang mereka perolehi sekarang dan senang dengan harta kekayaan yang mereka telah perolehi,adakah pernah terlintas dalam fikiran,jiwa,raga dan sanubari mereka tentang wujudnya Tuhan yang memberikan kesenangan,kemewahan dan keberadaan mereka di muka bumi ini...????? pernahkah mereka mengucap kata Syukur???...dalam hidup kita ni,sentiasa ada jin yang bernama syaitan untuk menggoda manusia..mereka sentiasa berada di mana-mana sahaja..kerana mereka iaitu syaitan telah berjanji kepada Tuhan yang mereka akan menyesatkan manusia dengan sedaya upaya mereka...ternyata,dalam kehidupan sekarang,mungkin banyak sang syaitan and sedara mara yang berpesta melihat manusia di akhir zaman sekarang ni.....kebanyakan manusia yang terlalu sibuk,lupa akan kewujudan tuhan...sibuk sana,sibuk sini...Tuhan sentiasa mempermudahkan segala urusan manusia..tapi,dalam kesibukan manusia tu, tidak 100% manusia yang meluangkan masa untuk menghadap Tuhan ,,bila berada dalam kesusahan,yang memang memerlukan pertolongan Tuhan,.disanalah mereka menangis menghadap Tuhan,.di sanalah juga sibuk buka buku cara-cara sembahyang,cara-cara ambil wuduk..di sanalah juga sibuk mencari telekung..di sanalah juga sibuk mencari sejadah dan di sanalah juga manusia sibuk mencari arah kiblat...kepada kawan-kawan dan diri saya sendiri, sejauh manakah kesedaran kita dalam hidup bertuhan???..

Kuasa Cinta

Tuesday, November 9, 2010
Dalam hidup ni,tiada apa yang mustahil. Segalanya boleh berlaku tanpa kita jangka,ramal,tafsir atau kita agak..kadang-kadang kita silap membuat keputusan...tapi patutkah kita membiarkan kesilapan tersebut terus berlaku?? kadang-kadang kita alpa dengan keseronokan..lagi-lagi orang yang tengah khusyuk bercinta,.ada sesetengah mereka yang bercinta lupa segala-galanya..bagi mereka yang amat penting sekarang adalah kasih sayang..berkasih-kasih-an dan bersayang-sayang-an..errmmm...adakah itu cara yang terbaik untuk mengekal hubungan percintaan?? tapi lain orang,lain pendapat,,,.bila kita lihat orang yang putus cinta, emosi mereka sangat sensitif...hal ni selalunya terjadi kepada kaum hawa..ini di sebabkan mereka terlalu menaruh rasa sayang dan kasih mereka terhadap pakwe dorang..kenapa perkara ni selalu terjadi kepada WANITA ???? kejam sangatkah lelaki ni??..bagi aku, kebanyakan perempuan setia kepada pasangan..tapi,adakah pasangan mereka juga setia??? 1 persoalan yang menjadi tanda tanya.......adakah perempuan ni kurang memahami perasaan seorang lelaki??...kesimpulannya, jangan bercinta kalau belum bersedia,.cinta sejati tidak perlu dicari,sebab ia akan datang sendiri.....CINTA SEJATI TAK PERLU DI KEJAR,SEMAKIN KITA KEJAR IA SEMAKIN LARI.,SEBAB CINTA SEJATI,WALAUPUN KITA SENYAP IA TETAP TERASA DALAM HATI..percayalah...yakinlah kepada Tuhan..kerana Tuhan yang akan menentukan segalanya..
Saturday, November 6, 2010
Pagi : Embun itu Indah..


Ikan : Lautan lebih Indah..


Kupu-kupu : Bunga-bunga itu mesti lebih Indah..


Aku : Sahabat Itu tidak ternilai indahnya..


1 senyuman mewakili perasaan,
1 tawa menghapuskan kesedihan,
1 doa memberikan pengharapan...
1 kata inginku ucapkan...'jadilah sahabat yang sentiasa ada ketika gembira dan duka'

Hayatilah Makna "CINTA"


Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
 Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ..
 Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa boleh. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Cinta datang Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Cinta dating Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan cinta datan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus tahu untuk berterimakasih atas kurnia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
 Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang perempuan, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bermakna bagimu, hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bermaknai dan kamu harus membiarkannya pergi.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,sekiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana,cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
 Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
 Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekada canang yang gemersing.Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.Siapa pun pandai menghayati cinta, tapi tak seorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang dapat dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Jika  kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Jika Kau Fikirkan Kau Boleh


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Yakinlah Kepada Dirimu.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukanbermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub. Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai. Anda perlu tunjukkan bahawa cita-cita anda tercapai, itu sahaja yang dapat meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat,anda perlulah bersikap realistic. Matlamat yang realistic akan membantu dan memotivasikan anda untuk memberikan keyakinan. Sebagai contoh,matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistic. Tetapi matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% peratus setahun adalah lebih realistic!

Sematkan Keinginan Dalam Jiwa Anda.

Friday, November 5, 2010

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

Biarkan Mereka Tapi Bukan Anda!!

Biarkan orang lain menjalani kehidupan yang kecil, tetapi bukan Anda.
Biarkan orang lain berdebat tentang hal-hal kecil, tetapi bukan Anda.
Biarkan orang lain mengeluh atas apa yang mungkin terjadi, tetapi bukan Anda.
Biarkan orang lain menangisi kecil sakit, biarkan mereka putus asa, biarkan mereka menjadi dendam dan ingin membalas dendam, tetapi bukan Anda.
Biarkan orang lain meninggalkan masa depan mereka, dan menanggalkannya di tangan orang lain, biarkan mereka menjadi materialistik dan sombong, tetapi bukan Anda.
Biarkan orang lain tidak bersyukur dan berhenti berdoa, tapi tidak Anda! Biarkan orang lain menyerah, tetapi bukan Anda! Sekali lagi bukan Anda. Sebab disini Anda tahu, siapa yang percaya dan yakin akan sesuatu, maka dia akan mampu.


Wednesday, October 27, 2010

"Untuk mengenali seorang kawan yang betul2 memahami perasaan dan pemikiran kita memang mengambil masa,..sama seperti kita belajar mengeja suatu ketika dahulu,juga mengambil masa untuk kita pndai mengeja hinggalah mmahami ayat,,,apabila kita sudah mengenali huruf2 dengan bijak,,tunggang tebalik mana pun huruf tersebut,masih juga dapat kita kenali..."

Tuesday, October 26, 2010
"kadang2 kita lupa dengan orang yang sangat menghargai kita.., kadang2 orang yang sangat menghargai kita langsung tidak kita hargai,..bila di saat kita merasa yang diri kita tidak di hargai, ketika itulah kita mencari orang yang sgt menghargai kita."

"Jangan menilai seseorang dengan pandangan mata...tapi nilailah seseorang menggunakan pandangan hati...jgnlah memandang seseorang dari cara pemakaiannya,tapi pandanglah seseorang itu dari cara pemikirannya..kadang2 seseorang nmpak bijak dri pemakaian...tapi hodoh dari segi pemikiran."

Sunday, October 17, 2010
Bila Allah Cepat Memakbulkan Doa Mu,
Maka DIA Menyayangi Mu...
Bila Allah Lambat Memakbulkan Doa Mu,
Maka DIA ingin Menguji Mu...
Bila Allah Tidak Memakbulkan Doa Mu,
Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Mu...
" Mulakanlah Sesuatu Itu Daripada Bawah Jika Kita Menginginkan Sesuatu Yang Di Atas "

Impianmu membawa bahagia..

" Capailah Impian Anda Selagi Anda Memang Mengimpikannya,Oleh itu,Buktikanlah Bahawa Impian Anda Bukan Sekadar Angan-Angan Tetapi 1 Kenyataan"
Saturday, October 16, 2010
Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tapi usah kita ketawa berpanjangan 

kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya,
Tiada abid yang ma’sum tanpa dosa,
Apa lagi bila berjiwa pemuda,
Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan tetapi
Mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda
Mungkin hari ini kita kuat & selesa
Tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdaya,
Semuanya bukan ketentuan kita,
Segalanya milik yang maha esa

 "pengalaman mengajar kita erti kehidupan....smakin jauh kita pergi,smakin byk pengalaman dan tauladan....hidup ini amat rugi jika tidak pernah berhadapan dengan kesusahan....kerana drpd kesusahan kita dpt berfikir lebih jauh...jgnlah terlalu bersandar kepada kesenangan,kerana disebabkan kesenangan manusia berfikiran cetek."

"Kegembiraan hari ini tidak akan berterusan untuk hari seterusnya,kesenangan hari ini tidak di ketahui bila kesudahannya.Oleh itu,janganlah terlalu gembira dengan kehidupan anda dan janganlah tertipu dengan kesenangan yang ada"





Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya...
Andai kau inginkan berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau ingin seseorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana die seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa...
Janganlah diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada yang biasa-biasa,
Munjadi satu yang sempurna...

hargailah kepada orang yang sangat menyayangi kita kerana kita akan berasa bodoh, menyesal,kecewa,dan rugi jika kita mensia2kan perasaan sayangnya kepada kita. lajak perahu boleh undur, TERlajak kata,jadinya bagaimana????"