Saturday, October 16, 2010
Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga seringkali berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tapi usah kita ketawa berpanjangan 

kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya,
Tiada abid yang ma’sum tanpa dosa,
Apa lagi bila berjiwa pemuda,
Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan tetapi
Mengingatkan tentang kemenangan yang masih tertunda
Mungkin hari ini kita kuat & selesa
Tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdaya,
Semuanya bukan ketentuan kita,
Segalanya milik yang maha esa

0 comments:

Post a Comment