Mantapkan Hati Anda.

Saturday, November 20, 2010


Sedih,pilu,kecewa,hampa dan bermacam lagi perasaan akan melanda kita sebagai manusia...itulah fitrah kehidupan, tiada siapa yang tidak pernah mengalami perasaan sebegitu,.kukuhkanlah perasaan anda daripada daripada terus membawa anda ke dalam arus kegelapan,.lawanlah kejahatan yang cuba mengheret anda daripada terus melayani perasaan yang tak memberi manfaat terhadap kita. Perasaan sedih mampu melemahkan semangat kita. Ia juga mampu mengaburi matlamat hidup kita. Dalam hidup kita , tiada orang yang tiada impian..setinggi mana pun impian tersebut,ia tetap satu impian. Jauhkanlah diri anda daripada di kawal oleh perasaan. kawallah diri anda menggunakan akal dan fikiran yang waras. Fikirlah yang terbaik untuk diri anda untuk masa kini dan masa akan datang. Rancanglah perjalanan hidup anda berlandaskan kebenaran, rancanglah perjalanan hidup anda dalam mencapai impian dan matlamat. Berusahalah dalam memperbaiki kehidupan kita kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Berdoalah dan bertawakal dalam menempuh perjalanan.

0 comments:

Post a Comment