Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukanbermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub. Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai. Anda perlu tunjukkan bahawa cita-cita anda tercapai, itu sahaja yang dapat meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat,anda perlulah bersikap realistic. Matlamat yang realistic akan membantu dan memotivasikan anda untuk memberikan keyakinan. Sebagai contoh,matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistic. Tetapi matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% peratus setahun adalah lebih realistic!
0 comments:
Post a Comment